Home Buletin Semasa JUMLAH MANGSA BANJIR DI KEDAH MENINGKAT, TIGA LAGI PPS DIBUKA

JUMLAH MANGSA BANJIR DI KEDAH MENINGKAT, TIGA LAGI PPS DIBUKA

Alor Setar: Tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kedah susulan peningkatan jumlah mangsa banjir, setakat 8 pagi ini.

Memetik laporan Bernama melalui Harian Metro, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat ini, sebanyak 224 mangsa daripada 74 keluarga dari daerah Yan, Kuala Muda dan Pendang ditempatkan di lima PPS.

Di Yan, tiga PPS dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi yang menempatkan 101 mangsa daripada 29 keluarga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Eng (41 mangsa daripada 21 keluarga) dan Dewan Lestari Guar Chempedak (26 mangsa daripada sembilan keluarga).

Sementara itu, di Kuala Muda, sebanyak 40 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan di Surau As Saadiah, manakala di Pendang sebanyak 16 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan KEDA Tanjung Setol.

Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang melepasi tahap waspada, manakala Sungai Pendang di Pendang melepasi tahap amaran.

Hujan berterusan sejak Sabtu lepas menyebabkan beberapa kawasan di Kedah dilanda banjir dan hujan dijangka berterusan hari ini. – Bernama, HMetro –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here