Home Hiburan TIADA PENCALONAN FFM35, EBI KORNELIS TETAP PERCAYA PADA REZEKI

TIADA PENCALONAN FFM35, EBI KORNELIS TETAP PERCAYA PADA REZEKI

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Ebi Kornelis positif apabila namanya tidak tercalon untuk kategori Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik menerusi filem Syurga Dalam Botol pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-35.

Memetik laporan Harian Metro, Ebi, 42, berkata, dia menerima banyak mesej daripada rakan-rakan penggiat industri dan pengikut yang menzahirkan kekecewaan kerana filem sulung arahannya seakan tidak dipandang oleh panel penilai.

“Saya tiada apa-apa nak ulas kerana saya percaya pada rezeki dan kredibiliti juri. Insya-Allah saya percaya rezeki kita masing-masing akan sampai tepat pada waktunya.

“Paling utama, saya amat berterima kasih kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atas segala bimbangan yang diberi.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur apabila salah seorang pelakon filem ini berjaya disenarai pendek sebagai calon pelakon kanak-kanak terbaik FFM 35,” katanya.

Filem Syurga Dalam Botol yangf memaparkan sisi kehidupan sebenar golongan ‘stateless’ di Sabah selain mengetengahkan punca dan masalah sosial lain dihasilkan menggunakan dana FAME DKK FINAS.

Ebi bersyukur meskipun dengan bajet RM500,000, filem ini berjaya menarik penonton ke pawagam dengan kutipan RM1.75 juta, malah menjadi fenomena di kalangan penggiat seni Sabah.

“Saya anggap Syurga Dalam Botol membuka era baharu filem Sabah kerana berjaya bersaing dengan filem-filem dari syarikat gergasi yang ditayangkan pada bulan yang sama tahun 2025.

“Selain pemain industri negara, filem ini turut mendapat komen positif daripada pengarah filem box office Indonesia, Anggy Umbara ketika bertemu dengannya dalam pelancaran filem Ozora.

“Selepas menonton filem ini, beliau terkejut apabila mengetahui bahawa filem ini dihasilkan dengan bajet RM500,000 sahaja. Ini adalah satu penghargaan buat saya,” katanya.

Katanya, dia kini sedang menjalankan penggambaran filem genre komedi seram berjudul Hantu Dupang menggunakan bajet sendiri.

“Sebelum ini saya cakap nak buat filem komedi seram dan sekarang saya sudah tunaikan. Moga filem ini akan dapat sambutan seperti Syurga Dalam Botol,” katanya.-HMetro Online-.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here