MULTAN: Sekurang-kurang empat maut dalam insiden sebuah kereta api tergelincir berhampiran Multan di wilayah Punjab, selatan Pakistan, hari ini.
Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Jurucakap Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Punjab, Farooq Ahmed, berkata selain mangsa terkorban, sekurang-kurang 17 lagi mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan yang puncanya masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata, 11 ambulans dan 30 anggota penyelamat telah dikerah ke lokasi sejurus kemalangan itu dilaporkan pada jam 5.21 pagi.
Seorang anggota penyelamat di tempat kejadian turut mengesahkan sekurang-kurang empat meninggal dunia, namun memaklumkan bahawa bilangan mangsa cedera mencecah 25 orang.
Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari, dan Perdana Menteri, Shehbaz Sharif, menzahirkan perasaan dukacita mereka atas nahas itu.
Zardari turut mengarahkan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan telus bagi mengenal pasti punca kejadian. – AFP, BH Online –
IMedikel TV






