Home Buletin Semasa HAMPIR 20 TAHUN BERKHIDMAT DI LUBNAN, PENUGASAN ANGGOTA MALBATT TAMAT DISEMBER INI...

HAMPIR 20 TAHUN BERKHIDMAT DI LUBNAN, PENUGASAN ANGGOTA MALBATT TAMAT DISEMBER INI – MINDEF 

Oleh: Wartawan IMedikel TV 

KOTA TINGGI: Selepas hampir dua dekad berkhidmat dalam penugasan pengaman di Lubnan, Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) di bawah Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), akan mula pulang ke tanah air pada Januari tahun depan secara berperingkat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kepulangan anggota MALBATT itu selepas mandat d ibawah UNIFILL tamat pada Disember ini.

Katanya aset ketenteraan pasukan MALBATT akan dibawa pulang melalui jalan laut (kapal) bermula 17 Januari depan.

“Malaysia mula menghantar anggota tentera ke Lubnan pada 2007 dalam skala kecil sebelum meningkatkan kehadiran kepada satu batalion pada 2013 selepas mendapat kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Daripada 2007 hingga 2013, hanya kehadiran kecil, tetapi pada 2013 kita berjaya menghantar satu batalion.

“Walaupun mendapat tentangan kuat daripada Israel pada ketika itu, akhirnya kita dapat mengekalkan kehadiran pada peringkat batalion.

“Selain menjalankan tugas memastikan keamanan di kawasan tanggungjawab, anggota MALBATT turut memainkan peranan dalam mendekati dan menyantuni masyarakat tempatan.

“Saya gembira melihat peranan yang dimainkan MALBATT di Lubnan sepanjang tentera Malaysia berada di sana selama 20 tahun, termasuk 13 tahun pada peringkat batalion,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pecah tanah bangunan tambahan rumah anak yatim Islam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, Malaysia pada masa sama bersedia mempertimbangkan penyertaan dalam mana-mana misi pengaman baharu sekiranya PBB memutuskan untuk menubuhkan pasukan baharu di Lubnan.

Katanya hasil pertemuan dengan Menteri Pertahanan Lubnan dalam lawatan kerjanya ke negara bergolak itu baru-baru ini dimaklumkan keadaan keselamatan di Lubnan khususnya di bahagian selatan masih belum benar-benar aman dan terdedah kepada pelbagai ancaman.

“Kita telah menyatakan bahawa dalam keadaan jika pihak PBB memutuskan untuk mengadakan pasukan-pasukan baru atas nama-nama baru sekalipun, jika mereka berkehendak pada kita, kita bersedia untuk terlibat.

“Tapi tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kita tak akan terlibat sekiranya ia bukan di bawah mandat PBB,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here