Home Luar Negara GIGIT PRAMUGARI KERANA TAK DAPAT MINUMAN KERAS

GIGIT PRAMUGARI KERANA TAK DAPAT MINUMAN KERAS

AMERIKA SYARIKAT: Berang tidak diberikan minuman keras, seorang wanita yang juga penumpang kelas pertama penerbangan United Airlines didakwa menendang dan menggigit beberapa pramugari.

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, penerbangan UA18 dari Milan ke Newark minggu lalu dilencongkan ke Maine untuk menurunkan wanita berkenaan.

Menurut People, wanita itu sedang melancong dalam kelas pertama dan mengambil beberapa minuman beralkohol sepanjang penerbangan itu.

Dia kelihatan mabuk, didakwa menjadi agresif apabila pramugari enggan menghidangkan lebih banyak minuman keras kepadanya.

Seorang lagi penumpang dilaporkan memberitahu penyiasat bahawa wanita berkenaan menghampiri pintu belakang pesawat, walaupun tidak jelas sama ada dia berniat untuk pembukanya. 

Kru kabin kemudiannya memutuskan dia perlu ditahan, namun dia didakwa meronta dan melawan usaha untuk mengenakan alat penahan ke atasnya.

Penumpang, Alyssa dan Alex Suder memberitahu Yahoo News bahawa mereka mendengar kekecohan dan kru kabin meminta bantuan.

Melihat dia semakin agresif, penumpang lain kemudiannya menahannya, yang disifatkan sebagai aktif menendang dan cuba menggigit. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here