Home Sukan PERCUBAAN LIMA KALI JOANNA HASILKAN PINGAT EMAS LOMPAT JAUH MSSM

PERCUBAAN LIMA KALI JOANNA HASILKAN PINGAT EMAS LOMPAT JAUH MSSM

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Selepas berusaha lima kali tanpa memburu podium akhirnya kejayaan berpihak pada Joanna Sangster yang meraih pingat emas dalam acara lompat jauh kategori perempuan 18 tahun

Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Kali Ke-66 di Stadium Darul Makmur, semalam.

Dengan catatan 5.53m (meter) membolehkan gadis berusia 18 tahun itu meraih pingat emas untuk kontinjen Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sarawak menewaskan atlet MSS Pulau Pinang, Tan Yen Yee (5.47m) pingat perak dan Cristhy Shairley Nami (MSS Sarawak) dengan 5.31m.

Menurut Joanna, usaha berterusan dengan sokongan kuat jurulatih, Nasir Idris dan Paula Asoi menjadi pencetus pada kejayaan meraih pingat emas pada Kejohanan Olahraga MSSM kali ini yang merupakan musim terakhir dia bersama kontinjen Sarawak.

“Kejayaan menduduki tempat ketiga dalam acara lompat jauh pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor bulan lalu menjadi kelebihan pada saya melakukan persembahan terbaik pada MSSM kali ini,” katanya.

Menurutnya, untuk menghadapi saingan MSSM kali ini dia menjalani latihan lebih dua jam sehari, walaupun penat namun dia perlu mengikuti jadual latihan yang disediakan jurulatih di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP).

“Saya berpuas hati dengan kejayaan meraih pingat emas menerusi acara lompat jauh, selepas mencuba beberapa kali akhirnya impian menduduki tempat pertama menjadi kenyataan. Peluang kedua untuk berada di podium menerusi acara lompat kijang, Jumaat ini.

“Saya ingin buktikan pengorbanan meninggalkan Sarawak bagi menyahut cabaran sebagai atlet di SSMP berakhir dengan kejayaan yang membanggakan, musim terakhir di gelanggang MSSM diharap dapat mencetuskan pencapaian yang terbaik,” katanya.

Kontinjen MSS Sarawak kini berada ditangga keempat dengan enam pingat emas, empat perak dan enam gangsa di belakang MSS Sabah tempat pertama diikuti MSS Johor dan MSS Selangor.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here