LONDON: Pengendali Chelsea, Xabi Alonso mengakui pasukannya dihukum kerana gagal mengekalkan tahap permainan diperlukan untuk bersaing dengan Brentford sepanjang 90 minit, sambil menegaskan dia tidak mahu mencari alasan atas kekalahan itu.
Memetik laporan Agensi menerusi Berita Harian, The Blues tampil lebih baik sebelum rehat, namun The Bees mengambil alih permainan pada babak kedua dan memecah kebuntuan menerusi Jaidon Anthony sejam selepas sepak mula.
Chelsea cuba bangkit, tetapi tuan rumah memastikan kemenangan menerusi dua jaringan lewat, sekali gus menyebabkan Alonso terpaksa menerima kekalahan kedua Chelsea musim ini.
“Saya kecewa dengan babak kedua dan keputusan pada penghujung perlawanan.
“Ini tidak cukup untuk bersaing dalam Liga Perdana Inggeris, apabila kami tidak mampu mengekalkan tahap permainan selama 90 minit. Sebab itu kami dihukum hari ini.
“Buat masa ini, kami tidak cukup konsisten untuk bersaing sepanjang perlawanan. 45 minit tidak mencukupi, anda perlu bermain sepanjang perlawanan dengan mengetahui setiap perkara kecil penting dan setiap tindakan boleh menentukan keputusan.
“Kami kehilangan konsistensi dan mentaliti bersaing yang diperlukan pada babak kedua. Ia mengenai 95 minit dan kami tidak mampu mengekalkan tahap itu sepanjang beberapa perlawanan pada awal musim ini. Perkara itu perlu kami perbaiki,” kat Alonso.
Alonso terpaksa beraksi tanpa kaptennya, Reece James dan pemain yang boleh dianggap tonggak terbaik Chelsea setakat musim ini, Joao Pedro. Kedua-duanya diketepikan akibat kecederaan.
Namun, pengendali Chelsea itu enggan menjadikan ketiadaan kedua-dua pemain berkenaan sebagai alasan kekalahan di Stadium Komuniti GTech.
“Ini bukan mengenai bercakap atau mencari alasan.
“Kami perlu melihat diri sendiri dan tahu bahawa kami perlu bekerja serta melakukan penambahbaikan.
“Masih jauh perjalanan musim ini, tetapi banyak perkara yang perlu kami periksa,” katanya. – AGENSI, BH Online –
IMedikel TV






