Home Sukan HILANG FOKUS PUNCA AARON-WOOI YIK KANDAS

HILANG FOKUS PUNCA AARON-WOOI YIK KANDAS

145
0

KUALA LUMPUR: Kehilangan fokus pada penghujung perlawanan set ketiga, menjadi punca pasangan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal mara ke perlawanan akhir Terbuka Singapura 2023.

Perkara itu diakui sendiri oleh Aaron meskipun pada satu ketika dia dan pasangannya berjaya bangkit untuk selepas ketinggalan untuk menyamakan kedudukan namun gagal mengekalkan momentum itu hingga ke mata akhir.

“Saya rasa mungkin waktu permainan set penentuan terutamanya ketika mata penting bila kita kejar 15-15, 16-16. Kita waktu mata penting itu mungkin terlalu fikir banyak.

“Jadi saya rasa perkara ini kita kena ubah untuk kejohanan yang akan datang,” katanya.

Sebelum ini, hasrat Aaron-Wooi Yik untuk mara ke final Terbuka Singapura tidak kesampaian selepas tumbang kepada wakil China, Liang Wei Keng-Wang Chang semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, meskipun berjaya memenangi set pertama 21-16, namun mereka gagal meneruskan rentak apabila kalah dua set berikutnya 15-21, 17-21 dalam aksi yang memakan masa 57 minit.

“Sudah tentu kami akan cuba memperbaiki keputusan yang diraih di sini. Jadi kami akan lupakan apa yang terjadi dan ingat kekalahan ini sebagai rujukan pada masa akan datang.

“Ini kerana lebih penting selepas ini adalah Terbuka Indonesia yang mana kejohanan itu lebih besar dan kita akan cuba memberikan aksi yang terbaik,” kata Wooi Yik.

Sementara itu, seorang lagi wakil negara yang turut terkandas di pusingan separuh akhir semalam iaitu pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mengakui mereka mempunyai peluang untuk mencipta kejutan.

Bagaimanapun Tang Jie mengakui kesilapan mudah yang dilalukan mereka nyata membawa padah sekali gus meranapkan impian mereka untuk mara ke perlawanan akhir.

Pada pusingan separuh akhir semalam, Tang Jie-Ee Wei tunduk kepada pasangan Jepun yang juga pilihan kedua kejohanan, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24 dalam aksi yang memakan masa 39 minit.

Sumber HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here