Home Sukan MARESCA PUAS HATI, CITY SEMAKIN BERSEDIA

MARESCA PUAS HATI, CITY SEMAKIN BERSEDIA

SEOUL: Pengurus Manchester City, Enzo Maresca memuji impak pemain sayapnya selepas Antoine Semenyo mencipta dua bantuan gol untuk Omar Marmoush ketika membantu pasukan bangkit menewaskan Atletico Madrid 3-1 dalam aksi terakhir jelajah pramusim Asia, semalam.

Memetik laporan Reuters menerusi Harian Metro, Marmoush meledak dua gol dalam tempoh tiga minit pada awal babak kedua sebelum pemain gantian Rayan Ait-Nouri menambah gol ketiga pada masa kecederaan untuk membantu City bangkit daripada ketinggalan di hadapan lebih 50,000 penonton di Stadium Piala Dunia Seoul.

“Secara keseluruhan, ia ujian yang sangat baik menentang antara pasukan terbaik di Eropah.

“Penghargaan kepada pemain atas usaha yang mereka lakukan. Bermula esok, pramusim sudah berakhir dan tugas sebenar bermula,” kata Maresca.

City menguasai permainan dan mencipta lebih banyak peluang, namun ketinggalan ketika Jorge Dominguez menjaringkan gol dari jarak dekat sebelum tamat babak pertama. 

Tekanan City akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-57 apabila Semenyo melakukan larian di sebelah kiri sebelum melakukan hantaran lintang yang disudahkan Marmoush untuk menyamakan kedudukan. 

Dua minit kemudian, gandingan sama sekali lagi menghasilkan gol apabila Semenyo melakukan hantaran lintang rendah yang disudahkan Marmoush untuk meletakkan City di depan.

Semenyo menamatkan jelajah Asia dengan empat bantuan gol dalam tiga perlawanan, manakala Savinho turut mencuri perhatian di bahagian sayap bertentangan.

Ait-Nouri melengkapkan kemenangan pada penghujung perlawanan, namun Maresca mengakui City masih perlu lebih berkesan di depan gawang.

“Kami perlu lebih klinikal. Ia sesuatu yang perlu kami perbaiki.

“Perlahan-lahan kami semakin baik dan dengan kehadiran Erling (Haaland), kami boleh menjadi lebih berbahaya. Hari ini Omar menjaringkan dua gol. Ia satu suntikan semangat,” katanya.

Maresca turut gembira dengan perkembangan pasukan dalam tiga perlawanan pertamanya selepas menggantikan Pep Guardiola sebagai pengurus.

City menamatkan jelajah Asia dengan keputusan seri menentang Inter Milan sebelum tewas menerusi penentuan sepakan penalti, selain meraih kemenangan ke atas pasukan K League All-Stars dan Atletico.

City akan berdepan Arsenal dalam aksi Community Shield pada 16 Ogos ini. – REUTERS, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here