Home Luar Negara ‘KES JILAT PENYEDUT’, REMAJA PERANCIS DIDENDA DI SINGAPURA 

‘KES JILAT PENYEDUT’, REMAJA PERANCIS DIDENDA DI SINGAPURA 

SINGAPURA: Seorang remaja lelaki warga Perancis didenda SGD$600 (RM1,903) oleh Mahkamah Singapura, hari ini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengganggu ketenteraman awam.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, dia ditahan kerana perbuatannya menjilat penyedut minuman sebelum meletakkannya semula ke dalam bekas penyedut pada mesin jus oren layan diri.

Didier Gaspard Owen Maximilien, 19, mengaku memuat naik video berkenaan di media sosial yang memaparkan dirinya menjilat penyedut minuman itu sebelum memasukkannya semula ke dalam bekas berkenaan.

Rakaman yang tular selepas kejadian pada 12 Mac lalu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga membawa kepada penahanannya.

Ketika menjatuhkan hukuman, Hakim Kelly Ho berkata, mengambil kira usia tertuduh dan sifat kesalahan yang dilakukan.

Pihak pendakwaan turut bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan supaya hukuman denda dikenakan.

Beliau menyifatkan kesalahan itu berada pada tahap yang lebih ringan.

“Walaupun tindakan tertuduh menjejaskan aspek kebersihan, tiada orang awam menggunakan penyedut minuman berkenaan, sekali gus tiada bukti menunjukkan sebarang kemudaratan berlaku,” katanya.

Pendakwaan turut memaklumkan bahawa Maximilien mengaku bersalah pada peluang pertama yang diberikan.

Singapura sememangnya dikenali dengan pendekatan tegas terhadap aksi atau telatah awam yang melanggar undang-undang.

Tahun lalu, negara itu mengusir seorang lelaki warga Australia selepas dia menjalani hukuman penjara sembilan hari kerana menyerbu pelakon dan penyanyi Ariana Grande ketika tayangan perdana Asia filem Wicked: For Good. – AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here