ISTANBUL: Pejabat Gabenor pada Jumaat berkata pasukan keselamatan Turkiye merampas wang palsu bernilai AS$1 bilion (kira-kira RM4.6 bilion) di Istanbul dan menahan enam orang termasuk seorang warga Ghana dan tiga warga Sweden.
Pasukan Gendarmerie menjejaki suspek ke ruang simpanan di daerah Kagithane Istanbul, di mana mereka merampas wang palsu AS$100 (kira-kira RM461) yang dimaksudkan untuk dihantar ke negara-negara Afrika, kata pejabat itu.
Rumah suspek digeledah dan wang tunai serta barang kemas mereka dirampas, yang mana Konsulat Sweden dan Ghana sudah dimaklumkan operasi itu.
Rampasan wang palsu itu adalah yang terbesar dalam sejarah Turkiye, kata pejabat gabenor.
Sumber HMetro Online & AGENSI
Imedikel TV






