Home Buletin Semasa SYED SADDIQ DIBEBASKAN SEPENUHNYA, AKUI KEPUTUSAN MAHKAMAH PULIHKAN KEYAKINAN TERHADAP KEADILAN

SYED SADDIQ DIBEBASKAN SEPENUHNYA, AKUI KEPUTUSAN MAHKAMAH PULIHKAN KEYAKINAN TERHADAP KEADILAN

50
0

Oleh Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini dibebaskan sepenuhnya oleh Mahkamah Persekutuan daripada sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

Menerusi sidang media yang disiarkan secara langsung di aplikasi TikTok miliknya sejurus keputusan itu, Syed Saddiq menyifatkan Mahkamah Persekutuan sebagai tempat terakhir untuk rakyat biasa yang tidak mempunyai kuasa mendapatkan pembelaan.

“Ini adalah tempat terakhir bagi rakyat biasa yang tiada kuasa untuk mendapatkan pembelaan. Saya rasa keputusan pada hari ini membawa kesedaran untuk mempertahankan kebebasan dan keadilan institusi kehakiman negara,”katanya. 

Menurutnya, keputusan tersebut bukan sekadar mengenai dirinya, sebaliknya turut memberi harapan kepada ratusan dan ribuan individu lain yang sedang berjuang mendapatkan pembelaan.

Syed Saddiq berkata, selepas keputusan itu beliau mahu terus berbakti dan menyumbang kepada negara.

Dalam sidang media sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada ahli keluarganya, terutama ibu dan tunangnya, Bella Astillah yang disifatkan sentiasa berdiri teguh memberikan sokongan sepanjang berdepan proses perbicaraan.

“Saya mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada keluarga, ibu saya dan tunang saya yang setia bersama.

“Ia tidak mudah kerana sebelum dia bersama saya, saya adalah pesalah,”katanya.

Beliau berharap tiada lagi mana-mana individu, tanpa mengira latar belakang atau fahaman politik, terpaksa melalui pengalaman yang sama.

Katanya, walaupun rakyat mempunyai perbezaan pandangan politik dan berada dalam parti yang berbeza, semua pihak berkongsi tanggungjawab yang sama untuk menjaga negara serta mewariskannya kepada generasi akan datang.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here