Home Buletin Semasa PKGK TANGGUH SEMENTARA PERSEMBAHAN GAJAH DI PENTAS

PKGK TANGGUH SEMENTARA PERSEMBAHAN GAJAH DI PENTAS

30
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah bertindak menangguhkan sementara sesi persembahan berinformasi kumpulan gajah di pentas termasuk aktiviti memberi makan buah-buahan pada haiwan terbabit bermula 2 Julai lalu.

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata, tindakan menangguhkan sementara sesi persembahan berinformasi kumpulan gajah di pentas dilakukan pihaknya bagi memperkemaskan serta memperkukuhkan semua prosedur operasi standard (SOP) yang berkaitan dibawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman (PERHILITAN).

“Sebelum ini setiap hari empat hingga lima ekor gajah yang dikawal mahut atau gembala mengadakan persembahan secara berinformasi di pentas bermula 2.15 petang yang mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit. Penonton berpeluang melihat persembahan secara terbuka.

“Selepas membuat persembahan pengunjung diberi peluang memberi gajah makan buah-buahan seperti tembikai dan betik termasuk tebu. Ketika itu pengunjung turut berpeluang bergambar dengan haiwan jinak itu,” dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun menurut beliau bermula 2 Julai lalu pihaknya memutuskan untuk menangguhkan sementara sesi persembahan berinformasi kumpulan gajah di pentas termasuk aktiviti memberi makan buah-buahan pada haiwan terbabit yang sebelum ini menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke PKGK Kuala Gandah.

“Kita menerima banyak aduan serta rungutan daripada netizen sebelum ini, justeru tindakan menangguhkan persembahan berinformasi kumpulan gajah dan acara memberi makan pada haiwan terbabit terpaksa dilakukan bermula 2 Julai lalu.

“Aktiviti lain seperti mandi bersama anak gajah di sungai, pameran, menonton tayangan video dan melihat haiwan terbabit di kawasan keliaran masih lagi diteruskan seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tindakan yang dilakukan mungkin akan menjejaskan kehadiran pelancong dalam dan luar negara ke PKGK Kuala Gandah namun ‘suka tidak suka’ pihaknya terpaksa berbuat demikian, bila tarikh aktiviti berkenaan bermula semula tidak dapat dipastikan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here