Home Buletin Semasa KES DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL GURU: FADHLINA SERU MASYARAKAT TAMPIL BUAT LAPORAN

KES DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL GURU: FADHLINA SERU MASYARAKAT TAMPIL BUAT LAPORAN

77
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pihak polis sudah mengambil alih sepenuhnya siasatan berhubung kes dakwaan salah laku seksual seorang guru yang tular baru-baru ini, manakala individu terbabit kini telah ditahan pihak berkuasa.

Beliau dalam laman sosial rasmi semalam memaklumkan, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan, sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mengambil langkah melindungi mangsa berkenaan.

“Individu tersebut sudah ditahan oleh pihak berkuasa manakala JKM telah melindungi anak ini dan KPM akan meneruskan siasatan dalaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Fadhlina turut menyeru masyarakat supaya terus tampil ke hadapan bagi melaporkan sebarang dakwaan kesalahan seksual kepada pihak berkuasa .

“Pihak berkuasa mesti mengambil tindakan segera menyiasat apabila aduan melibatkan mangsa kanak-kanak.

“Ambil tanggungjawab bersama sebagai ahli masyarakat untuk terus mengingatkan tanggungjawab semua pihak untuk terus melindungi kanak-kanak,”tegasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here