Home Buletin Semasa GURU DIREMAN KES DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL, JPN JOHOR TEGAS TIADA KOMPROMI

GURU DIREMAN KES DAKWAAN SALAH LAKU SEKSUAL, JPN JOHOR TEGAS TIADA KOMPROMI

46
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Negeri ( JPN) Johor menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di institusi pendidikan di bawah kelolaannya susulan dakwaan membabitkan seorang guru di sebuah sekolah di negeri itu yang kini sedang disiasat pihak berkuasa.

Dalam kenyataan media semalam, JPN Johor memaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat termasuk oleh pihak sekolah, sekali gus membawa kepada tindakan reman terhadap guru terbabit bagi membantu siasatan.

Menurut kenyataan itu, pihaknya menyeru polis menjalankan siasatan secara profesional dan menyeluruh supaya tindakan undang-undang sewajarnya dapat diambil sekiranya individu terbabit didapati bersalah.

“Sepanjang proses siasatan dijalankan, guru terbabit akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD),” menurut kenyataan berkenaan.

Pada masa sama, JPN Johor memaklumkan pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan murid yang menjadi mangsa diberikan perlindungan sewajarnya serta kebajikan dan kesejahteraan mereka terus terpelihara.

JPN Johor tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku seksual di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang didapati bersalah,”jepas kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhadapan dengan kes seumpama ini dinasihatkan untuk membuat laporan polis dan tidak menarik semula laporan tersebut supaya siasatan dan tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here