Home Sukan LENS JUARA PIALA PERANCIS 2026, TEWASKAN NICE 3-1

LENS JUARA PIALA PERANCIS 2026, TEWASKAN NICE 3-1

38
0

Paris: Lens mencipta sejarah apabila menjuarai Piala Perancis buat pertama kali selepas menewaskan OGC Nice 3-1 pada aksi final di Stade de France, awal pagi Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan RC Lens menoktahkan penantian panjang kelab utara Perancis tersebut untuk meraih kejuaraan Piala Perancis selepas beberapa kali hampir berjaya sebelum ini.

Florian Thauvin menjadi antara watak penting perlawanan apabila meledak satu gol dan mencipta satu bantuan jaringan untuk Odsonne Edouard, sekali gus membantu Lens mendahului 2-0 pada penghujung babak pertama.

Nice cuba bangkit apabila pemain remaja Djibril Coulibaly merapatkan kedudukan sebelum rehat, namun mereka gagal menambah jaringan meskipun beberapa percubaan terkena palang pada babak kedua.

Lens mengesahkan kemenangan apabila pemain gantian Abdallah Sima menyumbat gol ketiga pada minit ke-78 hasil situasi kelam kabut di depan pintu gol lawan.

Kejayaan itu melengkapkan musim cemerlang pasukan kendalian Pierre Sage yang turut menamatkan saingan Ligue 1 di tempat kedua di belakang Paris Saint-Germain sekali gus layak ke Liga Juara Juara Eropah musim depan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here