Home Buletin Semasa MAJIKAN MENGGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PAS YANG SAH BERDEPAN TINDAKAN PERUNDANGAN –...

MAJIKAN MENGGAJIKAN PEKERJA ASING TANPA PAS YANG SAH BERDEPAN TINDAKAN PERUNDANGAN – JIM

64
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Majikan yang didapati menggajikan pekerja asing tanpa pas yang sah akan dikenakan tindakan perundangan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban berkata, pendakwaan akan dilaksanakan tanpa kompromi bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengelakkan eksploitasi tenaga kerja asing dalam negara.

“Kita melaksanakan sebanyak 32 operasi penguatkuasaan di pelbagai lokasi strategik di seluruh negara pada Isnin lalu.

“Dalam operasi itu seramai 13 majikan ditahan kerana disyaki menggajikan warga asing tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah.

“Selain itu, seramai 150 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) turut ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius isu penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial serta Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), khususnya melibatkan warga asing yang bekerja tidak mengikut sektor yang diluluskan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar syarat pas, termasuk pembatalan pas dan tindakan pengusiran,” katanya.

Menurut beliau, JIM terus mempergiat operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi membanteras kehadiran PATI serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Dalam masa sama, JIM terus komited memperkukuh penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen negara.

“Orang ramai juga digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran PATI atau aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha penguatkuasaan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here