Home Luar Negara ISRAEL TIADA BUKTI TERHADAP AKTIVIS YANG DITAHAN – SEPANYOL

ISRAEL TIADA BUKTI TERHADAP AKTIVIS YANG DITAHAN – SEPANYOL

48
0

OVIEDO: Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares, semalam menegaskan ‘tiada bukti’ untuk menyokong dakwaan Israel terhadap dua aktivis yang ditahan, ketika Madrid menyelaras bersama Brazil mengenai kemungkinan tindak balas, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar tempatan.

“Tiada bukti atau sebarang kaitan dengan apa yang didakwa pihak berkuasa Israel,” kata Albares kepada penyiar awam Sepanyol, RTVE.

Memetik laporan BERNAMA ANADOLU menerusi Berita Harian, aktivis berkenaan – Saif Abu Keshek yang merupakan warga Sepanyol-Palestin, serta warga Brazil, Thiago Avila – ditahan tentera Israel ketika dalam perjalanan dengan menaiki flotila Global Sumud yang membawa bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

Pihak berkuasa Israel menuduh mereka melakukan kesalahan, termasuk bekerjasama dengan musuh ketika perang, berhubung dengan ejen asing, dan menyokong organisasi pengganas.

Albares berkata, Sepanyol dan Brazil sedang menyelaras tindak balas bersama, namun enggan memperincikan langkah yang mungkin diambil.

Sebelum ini, kedua-dua negara itu telah menuntut kerajaan Israel supaya segera memulangkan rakyat mereka.

“Saya tidak mahu menyatakan apa-apa yang boleh memburukkan keadaan Saif,” kata Albares sambil menekankan bahawa kedua-dua negara itu tidak akan ‘meninggalkan’ rakyat mereka.

Beliau turut menyifatkan penahanan itu sebagai ‘sepenuhnya tidak sah’, dengan berhujah bahawa tentera Israel tidak ada bidang kuasa di perairan antarabangsa, iaitu lokasi aktivis terbabit ditahan berhampiran Pulau Crete di Greece.

“Anda tidak menyerbu sebuah kapal di perairan antarabangsa. Ini bukan cara sebuah negara yang menganggap diri demokratik sepatutnya bertindak,” kata Albares.

Beliau turut menyifatkan situasi semasa di Asia Barat sebagai ‘krisis global paling serius abad ini’.

Katanya, beliau mengadakan perbualan telefon dengan rakan sejawat dari Iran, baru-baru ini, dan menggesa rundingan disambung semula serta Selat Hormuz kembali dibuka.

“Tiada penyelesaian selain melalui diplomasi,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Israel mesti menamatkan pencerobohan haram di Lubnan.

Albares memberi amaran bahawa ketegangan berterusan boleh meningkatkan harga tenaga dan makanan di Sepanyol serta mencetuskan peningkatan penghijrahan ke Eropah.–BERNAMA-ANADOLU, BH Online-

IMedikel TV    

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here