Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Semester 4 sesi 2/2025 (kohort 2024) akan dikeluarkan pada 30 April ini.
Menurut kenyataan KPM, seramai 16,240 calon berdaftar menduduki peperiksaan di 86 kolej vokasional seluruh negara.
“Keputusan boleh disemak secara dalam talian melalui pautan myresultsvm.moe.gov.my bermula pukul 10 pagi, 30 April sehingga 6 petang, 6 Mei ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Selain itu, KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang menduduki peperiksaan tersebut.
“Kejayaan ini diharap menjadi pemangkin untuk terus cemerlang dalam bidang kemahiran serta menyumbang kepada pembangunan negara melalui laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional,” jelasnya.
IMedikel TV






