Home Luar Negara AS ‘TETAP MENANG’ SAMA ADA IRAN CAPAI PERJANJIAN ATAU TIDAK – TRUMP

AS ‘TETAP MENANG’ SAMA ADA IRAN CAPAI PERJANJIAN ATAU TIDAK – TRUMP

138
0

WASHINGTON: Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata negaranya akan tetap menang tanpa mengira sama ada Iran bersetuju untuk mencapai sebarang perjanjian dalam rundingan yang sedang berlangsung.

Trump berkata demikian ketika Naib Presiden, JD Vance mengetuai delegasi AS di ibu negara Pakistan, Islamabad, dengan perbincangan bersama Iran yang memasuki hari kedua.

“Sama ada kita mencapai perjanjian atau tidak, ia tidak memberi perbezaan kepada saya. Sebabnya kerana kita sudah menang.

“Kami sedang dalam rundingan yang sangat mendalam dengan Iran. Kami tetap menang. Kami telah menewaskan mereka dari segi ketenteraan,” katanya kepada pemberita.

Trump turut mengulangi kenyataan tentera AS bahawa kapal perang Tentera Laut negara itu pada Sabtu melalui Selat Hormuz, laluan penting ke Teluk kaya minyak, bagi memulakan operasi membersihkan periuk api milik Iran.

Namun, dakwaan itu dinafikan Iran, yang menggunakan pengaruhnya ke atas laluan sempit itu serta bekalan minyak dunia sebagai tindak balas terhadap serangan dilancarkan AS dan Israel pada 28 Februari lalu.

Trump menegaskan, AS akan ‘membersihkan’ periuk api berkenaan dan membuka semula Selat Hormuz.

“Kami sedang membersihkan selat itu. Kami akan membuka selat itu walaupun kami tidak menggunakannya, kerana terdapat banyak negara lain di dunia yang bergantung kepadanya dan mereka sama ada takut, lemah atau berkira,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi meluahkan kekecewaan terhadap sekutu dari Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang tidak menyertai perang itu dan tidak dirundingkan lebih awal.

“Kami tidak dibantu oleh NATO, itu yang boleh saya katakan,” katanya. -AFP, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here