Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
TUMPAT: Sebuah rumah di Kampung Simpangan Tumpat, di sini musnah dalam kebakaran petang, semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar, berkata akibat kejadian itu, tiga beranak (mangsa) mengalami kelecuran pada tubuh badan mereka.
“Kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.56 petang mengenai kebakaran itu dan mengarahkan seramai 12 anggota bergerak ke lokasi sejauh tujuh kilometer dari balai.
Katanya, sebaik pasukan penyelamat tiba, rumah separuh kekal berkenaan sudah terbakar 80 peratus dan api berjaya dikawal kira-kira 15 minit kemudian.
IMedikel TV






