Home Luar Negara DIPENJARA GARA-GARA SIMBAH AIR KENCING

DIPENJARA GARA-GARA SIMBAH AIR KENCING

130
0

Jakarta, INDONESIA: Gara-gara menyimbah air kencing di rumah jirannya bagi tujuan menghalau mereka, wanita Indonesia ini dipenjarakan selama sebulan.

Mahkamah Daerah Sidoarjo menjatuhkan hukuman ringan itu selepas mengambil kira wanita itu, Masriah,56, menyesali perbuatannya dan memohon maaf.

Dia dilaporkan memohon maaf kepada jirannya kerana kerap mencemarkan harta benda mereka enam tahun lalu.

Awal bulan lalu, Masriah dirakam sebuah kamera sedang mencurah air kencing di rumah jirannya di Sidoarjo, Jawa Timur.

Dia didakwa melakukan tabiat itu sejak 2017.

Polis tempatan kemudiannya mendakwa Masriah atas gangguan awam di bawah undang-undang kecil wilayah Sidoarjo.

Semasa siasatan, Masriah memberitahu dia melakukan perbuatan itu kerana mahu menghalau jirannya, Wiwik dan keluarganya.

Menurut polis, rumah itu milik adik Masriah sebelum dijual kepada Wiwik.

Sejak itu Masriah berminat untuk memiliki hartanah itu.

Seorang jirannya yang enggan dikenali berkata, mereka berharap Masriah dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan kerap perbuatannya berulang kali.

Sementara itu, Wiwik berkata, Masriah mencurah air kencing di rumahnya hampir setiap hari selama enam tahun.

Katanya, Masriah juga akan membuang sampah dan air kotor ke rumahnya.

Sumber HMetro Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here