Home Buletin Semasa IKAN MATI DI SUNGAI TRIANG KERANA CUACA BUKAN PENCEMARAN

IKAN MATI DI SUNGAI TRIANG KERANA CUACA BUKAN PENCEMARAN

125
0

Jelebu, NEGERI SEMBILAN: Penemuan ikan mati di Sungai Triang berhampiran Empangan Sungai Buloh di sini, Selasa lalu bukan kerana pencemaran air sebaliknya akibat cuaca panas dan air sungai cetek.

Timbalan Pegawai Perikanan Darat Negeri Sembilan Mohd Azhar Jusoh berkata terdapat aduan mendakwa ikan berkenaan mati disebabkan kerja pembersihan loji air, aktiviti mengorek pasir dan pembuangan sisa air daripada kilang berhampiran.

Menurutnya, pemantauan dibuat keatas kilang di sekitar Kuala Klawang dan mendapati semua mengikut prosedur dalam pengurusan air buangan.

“Pemeriksaan di loji air juga mendapati tiada kerja pembersihan selain ia sudah tidak lagi aktif.

“Kerja mengorek pasir yang dijalankan oleh sebuah syarikat juga didapati mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui.

Mohd Azhar berkata siasatan awal mendapati ikan berkenaan mati dipercayai cuaca panas selain air sungai cetek.

“Apabila air cetek, ikan sukar berenang ke tempat yang lebih dalam menyebabkan ia terdedah kepada air sungai yang panas sebelum mati.

Sumber HMetro Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here