Home Buletin Semasa PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT BERTEMBUNG KERETA 

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT BERTEMBUNG KERETA 

175
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah @ IMedikel TV

GUA MUSANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 13, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian itu daripada Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 3.20 pagi membabitkan sebuah kereta jenis Subaru yang dipandu lelaki berusia 48 tahun bersama tiga penumpang dari arah Tanah Merah menghala ke Shah Alam.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia 30 tahun dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, akibat pertembungan itu, penunggang motosikal tercampak dan mengalami kecederaan parah sebelum dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan awal di Unit Kecemasan hospital berkenaan,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di talian 09-9121222.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here