Home Hiburan NEELOFA AKHIRNYA DEDAH WAJAH BILAL TANPA ‘STICKER’

NEELOFA AKHIRNYA DEDAH WAJAH BILAL TANPA ‘STICKER’

14
0

KUALA LUMPUR: Tindakan pengacara dan usahawan Neelofa menjadi sorotan ramai tatkala berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal tanpa ‘sticker’ berbanding sebelumnya.

Memetik laporan Berita Harian, dalam sebuah video tular, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, dilihat membaca doa Al-Fatihah sebelum wajah Bilal yang jelas dilihat turut sama mengikut bacaan ibunya.

Bagaimanapun, tumpuan warganet bukan terarah kepada produk kambing perap yang dipromosikan di TikTok, sebaliknya kehadiran Bilal.

Video itu mencetus keterujaan kerana ramai tahu wajah Bilal tidak akan didedahkan dan ditutup dengan ‘sticker’ seperti kebiasaan dilakukan Neelofa sebelum ini demi menjaga privasi anaknya.

Tindakan terbuka Neelofa itu sekali gus membuatkan ruangan komen dibanjiri reaksi positif, malah ramai yang menyifatkan Bilal semakin comel.

“Tiba nampak muka Bilal tanpa sticker. So cute, SubhanaAllah.

“Baru nampak Lofa tunjuk muka anaknya kan.

“Sekarang dah empat tahun Bilal, handsome boy,” antara komen warga maya.

Rata-rata turut memuji cara Neelofa mendidik Bilal apabila kanak-kanak itu dilihat lancar mengikut bacaan doa, sekali gus mencerminkan asuhan agama yang diterapkan sejak kecil. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here