Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Sebuah gudang di Jalan Kebun Sultan, di sini, dilaporkan terbakar malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan melalui sistem NG999 pada jam 9.09 malam sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu ke lokasi kejadian.
Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sayuti Ab Satar@Md Noh dalam kenyataan memaklumkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu digerakkan ke lokasi kejadian dengan bantuan BBP Kota Darulnaim, BBP Tunjung dan sebuah Water Tanker BBP Pengkalan Chepa.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, Komander Operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah gudang,”katanya dalam kenyataan itu.
Difahamkan, gudang terbabit dijadikan tempat penyimpanan puluhan tan limau selain kurma serta bawang yang turut musnah terbakar.
IMedikel TV






