Home Buletin Semasa KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM 2025 DIUMUMKAN KHAMIS INI – KPM

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STAM 2025 DIUMUMKAN KHAMIS INI – KPM

159
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 akan diumumkan pada Khamis ini.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, pada tahun 2025, seramai 4,443 calon berdaftar menduduki peperiksaan STAM di 135 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

“Bagi calon di sekolah, mereka boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing bermula jam 10 pagi pada tarikh tersebut.

“Manakala bagi calon persendirian, mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan bagi memperoleh keputusan,” jelas kenyataan KPM, pada Sabtu.

Selain itu, KPM turut memaklumkan bahawa calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 5 Februari (Khamis) hingga 6 petang pada 11 Februari (Rabu).

Calon juga boleh membuat semakan secara pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Pihak sekolah perlu memastikan pengurusan penyerahan keputusan peperiksaan STAM 2025 dilaksanakan secara cekap dan teratur.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here