Home Buletin Semasa WARGA EMAS CEDERA DIRAGUT 

WARGA EMAS CEDERA DIRAGUT 

146
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang wanita warga emas cedera selepas menjadi mangsa ragut dalam kejadian di Kampung Paloh Rambai, Ketereh di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 11.50 pagi daripada mangsa yang berusia 72 tahun.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika mangsa sedang membakar sampah di hadapan halaman rumahnya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah motosikal.

“Seorang daripada suspek turun daripada motosikal lalu meragut seutas rantai tangan di pergelangan tangan kiri mangsa serta menarik rantai leher yang dipakainya.

“Mangsa sempat bergelut untuk mempertahankan diri namun telah terseret di atas jalan sejauh kira-kira 10 meter sebelum kedua-dua suspek melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan akibat kejadian tersebut.

Jelasnya kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap keadaan sekeliling serta mengelakkan daripada mempamerkan barang kemas atau barangan berharga secara berlebihan bagi mengelakkan menjadi sasaran penjenayah samun dan ragut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here