Home Buletin Semasa MB KELANTAN LAWAT LOKASI KEBAKARAN DI JALAN TOK GURU

MB KELANTAN LAWAT LOKASI KEBAKARAN DI JALAN TOK GURU

158
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud turun melawat lokasi kejadian kebakaran di Jalan Tok Guru, Kota Bharu yang mengorbankan seorang warga emas, pada Selasa.

Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan kematian Almarhumah Fatimah Mat Said, 89, yang meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kediamannya musnah sepenuhnya.

“Berdasarkan taklimat yang diterima daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), kejadian ini membabitkan dua buah rumah, di mana sebuah rumah milik mangsa musnah sepenuhnya.

“Manakala sebuah lagi mengalami kerosakan kira-kira 50 peratus daripada struktur asal,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan akan memastikan kebajikan semua mangsa yang terlibat diberi perhatian sewajarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat serta jiran-jiran yang bertungkus-lumus membantu sejak awal kejadian.

“Saya mendoakan agar semua mangsa serta keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian berat ini,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here