Home Luar Negara KERETA API BERKELAJUAN TINGGI BERTEMBUNG DI SEPANYOL : 21 MAUT, 25 PARAH

KERETA API BERKELAJUAN TINGGI BERTEMBUNG DI SEPANYOL : 21 MAUT, 25 PARAH

75
0

MADRID: Memetik laporan REUTERS menerusi Berita Harian dua kereta api berkelajuan tinggi tergelincir selepas bertembung di selatan Sepanyol semalam mengakibatkan tren kedua terhumban ke luar landasan dan jatuh ke cerun, menyebabkan sekurang-kurangnya 21 mangsa maut.

Menteri Pengangkutannya, Oscar Puente pada sidang media di stesen Atocha, Madrid, memaklumkan punca kemalangan masih belum dikenal pasti, namun meluahkan kekhuatiran angka kematian mungkin meningkat.

“Sesuatu yang sangat pelik apabila tren tergelincir pada laluan landasan yang lurus. Tambahan pula, bahagian landasan itu telah ditukar baru pada Mei lalu,” katanya.

Kemalangan dilaporkan berlaku berhampiran Adamuz, di wilayah Cordoba yang terletak kira-kira 360 kilometer (km) selatan Madrid.

Ketua Kesihatan Wilayah Andalusia, Antonio Sanz, berkata 18 orang cedera telah dipindahkan ke hospital termasuk beberapa daripadanya berada dalam keadaan kritikal.

Televisyen kebangsaan, Television Espanola melaporkan pemandu salah satu tren yang bergerak dari Madrid ke Huelva termasuk antara yang maut dan seramai 100 orang cedera dengan 25 cedera parah. – REUTERS, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here