Home Sukan BULU TANGKIS LAJU – WOOI YIK

BULU TANGKIS LAJU – WOOI YIK

KUALA LUMPUR: Kegagalan menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan kelajuan bulu tangkis menjadi punca utama beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tersingkir di separuh akhir Terbuka India, malam tadi.

Memetik laporan Berita Harian, beregu nombor dua dunia itu tampak tidak konsisten sebelum terpaksa akur tewas kepada gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 10-21, 21-13, 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 44 minit.

Wooi Yik mengakui keadaan di gelanggang pada aksi separuh akhir jauh berbeza berbanding perlawanan suku akhir, sekali gus menyukarkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan pantas.

“Situasi hari ini (malam tadi) sangat berbeza berbanding semalam (suku akhir). Bulu tangkis agak laju dan keadaan juga berangin. Kami agak lambat menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemubual Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kekalahan kepada gandingan ke-22 dunia itu menyaksikan rekod pertemuan kedua-dua pasangan kini terikat 1-1.

Mengulas mengenai persiapan menghadapi situasi sama pada masa akan datang, Wooi Yik menegaskan mereka perlu tampil lebih agresif dan pantas menyesuaikan diri.

“Saya rasa kami perlu lebih agresif. Hari ini kami lebih banyak bertahan dan disebabkan bulu tangkis yang agak laju, bukan mudah untuk mengambil alih rentak.

“Kami mahu membina rentak sendiri dalam permainan, tetapi ia agak sukar hari ini. Jadi itu perkara yang perlu kami ingat,” katanya. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here