Home Hiburan KAKA ULAS GOSIP RUMAH TANGGA DENGAN SUAMI GOYAH

KAKA ULAS GOSIP RUMAH TANGGA DENGAN SUAMI GOYAH

PETALING JAYA: Tanda tanya status rumah tangga Kaka Azraff bersama suami, Adam Azriff terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan mereka masih suami isteri.

“Iya, kami masih suami isteri dan doakan yang baik-baik untuk kami.

“Sebenarnya, saya bukannya takut hendak dedahkan status rumah tangga, cuma, bimbang untuk terlalu menghebahkan perkara macam ini.

“Dahulu saya terlalu naif, tidak percaya mengenai penyakit ain. Tetapi, selepas apa yang dilalui, saya jadi lebih berhati-hati untuk berkongsi hal peribadi sama ada dalam media sosial atau kepada umum.

“Bagi saya, hal rumah tangga adalah perkara yang terlalu peribadi. Jadi, cukup orang tahu kisah dasar sahaja,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran album sulung berjudul MPT di sini, malam tadi.

Julai lalu, rumah tangga penyanyi lagu Sibuk itu digosip kembali bergolak. Namun, Kaka atau nama sebenar, Nor Atiqah Nor Azraff, 36, enggan memberi kenyataan berhubung perkara itu.

Memetik laporan Berita Harian, Kaka berkata, dia kurang selesa untuk berbicara secara terbuka hal peribadi terutama membabitkan rumah tangga demi menjaga kesihatan mental anak-anak.

Kaka berkata, anak-anak bakal menginjak dewasa dan boleh membaca, suatu hari nanti. Justeru, dia tidak mahu fikiran mereka terganggu dengan kisah rumah tangganya.

“Saya hanya minta doa daripada semua. Kalau boleh, saya tak nak sentuh langsung hal peribadi demi anak-anak.

“Mereka akan membesar dan satu hari nanti, mereka boleh membaca. Jadi, saya tidak mahu anak-anak baca berita yang tidak baik mengenai rumah tangga saya dan bapa mereka.

“Namun, saya kena terima juga kerana itu adalah fasa yang perlu saya lalui sebagai selebriti.

“Tetapi, saya hormati pertanyaan rakan media. Saya pun tidak mahu mengelak sangat, cuma, saya tak nak terlampau beriya-iya berkongsi hal rumah tangga.

“Lagipun, kita tidak akan tahu apa akan berlaku pada masa depan. Jadi, saya tidak mahu terlalu yakin,” katanya.

Kaka dan Adam sah bercerai talak satu secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober 2024. Bagaimanapun, pasangan ini dilapor rujuk, Januari lalu, ketika dalam tempoh iddah.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 4 dan Atta Adam yang berusia setahun. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here