Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
BACHOK: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan membantu memindahkan seorang pesakit yang mengalami masalah obesiti dan diabetes untuk mendapatkan rawatan di Hospital Bachok, semalam.
Menurut kenyataan APM, pesakit berkenaan yang dianggarkan seberat 150 kilogram dipindahkan dari kediamannya di Teluk Kemunting, Bachok menerusi satu operasi khas yang membabitkan seramai 18 pegawai dan anggota APM.
“Operasi tersebut dijalankan menerusi kerjasama APM Daerah Bachok dan APM Daerah Pasir Puteh, dengan anggota bertugas berganding bahu mengangkat serta memindahkan pesakit sebelum dibawa ke hospital menggunakan lori APM Pasir Puteh,”menurut kenyataan itu.
Menurut APM Kelantan tindakan dan koordinasi memastikan proses pemindahan berjalan lancar sepanjang operasi.
“Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan APM dalam memberikan bantuan kecemasan dan sokongan kemanusiaan, khususnya kepada individu yang memerlukan rawatan perubatan khas,”jelas kenyataan itu.
IMedikel TV






