Home Luar Negara ADIK JADI PEMUAS SEKS ABANG, DIROGOL SEJAK 7 TAHUN & KINI HAMIL

ADIK JADI PEMUAS SEKS ABANG, DIROGOL SEJAK 7 TAHUN & KINI HAMIL

264
0

INDONESIA: Seorang abang tergamak merogol adik kandungnya sendiri sejak tujuh tahun lalu dan kini mangsa disahkan hamil dua bulan serta mengalami trauma.

Adik jadi muram & pendiam

Perbuatan terkutuk suspek yang berusia 19 tahun itu terbongkar selepas ibu bapanya berasa curiga apabila melihat mangsa yang sering kelihatan muram dan pendiam hampir setiap hari.

Ibu bapa mereka curiga dengan mangsa dan ada bertanyakannya. Tidak tahan dengan apa yang terjadi, mangsa akhirnya memberitahu hal sebenar kepada ibu bapanya dan segera melaporkan perbuatan abangnya kepada polis.

Susulan itu, pihak polis telah membuat tangkapan terhadap suspek di kediamannya yang terletak di Daerah Rappocini, Kota Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Jumaat.

Menurut pihak polis lagi, suspek merogol adiknya itu sejak tahun 2016 hingga Februari 2023.

Suspek masih menjalani proses pemeriksaan intensif di Ibu Pejabat Polis Makassar untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Sementara itu, mangsa yang berusia 16 tahun tersebut akan menjalani sesi kaunseling bagi membantunya menghadapi trauma yang dialami.

Kini, mangsa di tempatkan dibawah Unit Pelaksanaan Teknikal Wilayah (UPTD) Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak (PPA) di Kota Makassar.

Sumber BH Online & AFP

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here