Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seramai 27,361 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kelantan membabitkan 247 sekolah.
Ini termasuk di empat daerah yang terjejas banjir iaitu Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.
Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Siti Norina Muhamad, berkata daripada jumlah itu seramai 100 calon yang dikenal pasti terjejas banjir.
”Jumlah calon SPM yang terjelas banjir ialah seramai 29 orang berada di PPS manakala 56 Orang berada di asrama. Calon yang berada di PPS akan dipindahkan ke asrama dengan segera.
”Langkah awal sudah diambil dengan menempat seramai 56 orang calon SPM 2025 dari Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Nurul Huda Kajang Sebidang, Tumpat ke asrama Sekolah Menegah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, Tumpat pada Ahad lalu memandangkan setiap tahun pusat peperiksaan ini ditengelami air,”katanya.
Beliau berkata seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan, Tumpat dipindahkan ke asrama SMK Mahmud Muhyiddin, Tumpat.
Pelajar terbabit dibawa menggunakan trak tentera pagi ini bagi menduduki peperiksaan di sekolah asal mereka,
Katanya kebanyakan calon yang terjejas banjir akur untuk tinggal di asrama, namun terdapat juga calon yang berpindah ke rumah saudara mara terdekat bagi memudahkan pergerakan mereka ke pusat peperiksaan.
IMedikel TV






