Home Luar Negara IRAN LANCAR PELURU BERPANDU BALISTIK JARAK 2,000 KM – IRNA

IRAN LANCAR PELURU BERPANDU BALISTIK JARAK 2,000 KM – IRNA

142
0

DUBAI: Iran melancarkan peluru berpandu balistik Khorramshahr generasi keempatnya dinamakan Khaibar, dengan jarak 2,000 kilometer (km) seberat 1,500 kilogram (kg), lapor agensi berita rasmi IRNA pada Khamis.

Iran sudah memperluas program peluru berpandunya, terutamanya peluru berpandu balistik, biarpun mendapat tentangan Amerika Syarikat (AS) dan kebimbangan disuarakan dalam kalangan negara Eropah.

Tehran berkata, program itu hanya berbentuk pertahanan dan bagi tujuan pencegahan serangan.

“Peluru berpandu balistik terbaru Iran dan produk terbaru Pertubuhan Industri Aeroangkasa (AIO) Kementerian Pertahanan sudah diumumkan hari ini dalam satu majlis yang dihadiri menteri pertahanan,” menurut IRNA.

Sumber BH Online

Sumber REUTERS

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here