Home Hiburan ‘BIAR JALAN BERBEZA, TAPI DOA KAMI TETAP SAMA BAGI ANAK’ – DR...

‘BIAR JALAN BERBEZA, TAPI DOA KAMI TETAP SAMA BAGI ANAK’ – DR AFIFAH

331
0

KUALA LUMPUR: Isteri kepada penyanyi, Ahmad Nubhan Ahamad, 36, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 35, menyifatkan walaupun jalannya dan suami berbeza selepas ini, namun doa mereka buat anak-anak tetap sama, memetik Harian Metro.

Menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram (IG) miliknya itu, Dr Afifah berkata dia berharap anak-anaknya membesar dalam kasih, tenang dalam rahmat dan kuat dalam iman.

“Biar jalan berbeza, tapi doa kami tetap sama.

“Moga anak-anak membesar dalam kasih, tenang dalam rahmat dan kuat dalam iman,” tulisnya ringkas tetapi dalam maknanya luahan hati seorang ibu.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen meninggalkan komen mereka sebak dan gagal menahan emosi apabila ia berkaitan dengan anak-anak.

“Bersyukur lah @nubhanahmad anak-anak awak bersama seorang ibu yang bijak, cerdik, baik budi pekerti, baik agamanya,” tulis netizen.

“Kalau yang dah tua pun asyik nak berkepit dengan mak, anak-anak kecil lagi lah nak berkepit dengan mak. Setuju?,” kata warganet.

“Sedih lah macam ni. Saya tak boleh lah bab anak-anak ni. Semoga keputusan berpihak pada Dr Afifah. Saya doa kan selalu,” ujar pengguna media sosial.

“Fight (lawan) Dr Afifah, fight jangan tunduk saja. Masa jadi baik dah tamat, fight untuk anak-anak,” komen seorang wargamaya.

Pada September lalu, Nubhan difahamkan memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga anaknya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sebelum itu, Nubhan memfailkan permohonan pengesahan perceraian untuk dua lafaz cerai dilakukannya dan satu lafaz rujuk terhadap isteri, Dr Afifah di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Bagaimanapun, permohonan perceraian dibuat bagi mengesahkan lafaz cerai yang pernah berlaku pada tahun 2017 dan pada 26 Ogos lalu itu serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Pasangan Nubhan dan Dr Afifah bernikah pada 29 Ogos 2015. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6 dan Afzan Nayillle, 3. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here