Home Buletin Semasa PENJAWAT AWAM KELANTAN, LANTIKAN KONTRAK TERIMA BANTUAN KHAS RM500

PENJAWAT AWAM KELANTAN, LANTIKAN KONTRAK TERIMA BANTUAN KHAS RM500

168
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 15 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti mereka kepada negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata bantuan khas tersebut turut akan dipanjangkan kepada lantikan politik, dengan jumlah yang akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Beliau berkata bantuan khas itu membabitkan kos keseluruhan RM4.97 juta.

“Bayaran bantuan khas ini akan disalurkan pada awal bulan Mac 2026, bagi meringankan persiapan sambutan Aidilfitri, membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.97 juta,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus bagi tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.

“Sebagai sebuah kerajaan negeri yang prihatin dan sentiasa meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. Bahawa dengan ini saya umumkan pemberian diskaun sebanyak 90 peratus ke atas tunggakan denda cukai tanah kepada seluruh rakyat negeri Kelantan.

“Tempoh tawaran diskaun ini akan dapat dinikmati oleh rakyat Kelantan bagi tempoh 1 bulan bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2025 tertakluk kepada kaedah bayaran sebagaimana Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Kelantan Bilangan 1 Tahun 2025,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here