Home Buletin Semasa BLUEPRINT BANDAR PINTAR KELANTAN 2040 BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

BLUEPRINT BANDAR PINTAR KELANTAN 2040 BERTERASKAN MAQASID SYARIAH

232
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kelantan komited merealisasikan pembanguan Bandar Pintar menjelang 2040 sebagai sebahagian daripada agenda transformasi negeri ke arah tadbir urus yang lebih efisien.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud, berkata Bandar Pintar atau Smart City adalah sebuah bandar yang mengaplikasikan pelbagai teknologi dan maklumat elektronik dalam pengurusan dan pembangunan perbandaran secara cekap dan efisien.

”Hari ini, saya melancarkan Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 yang menandakan satu anjakan paradigma dalam pentadbiran, perancangan dan pembangunan negeri secara lebih komprehensif.

”Ini adalah kali pertama dalam sejarah Kelantan, kita menggariskan secara rasmi pelan hala tuju bandar pintar yang disepadukan dengan prinsip maqasid syariah yang menjadi teras pentadbiran Penghayatan Membangun Bersama Islam,”katanya dalam kenyataan sebagaimana berucap pada perasmian Majlis Pelancaran Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 di Dewan Auditorium Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Kompleks JKKN Kelantan di sini, pada Rabu.

Beliau turut menzahirkan penghargaan  kepada PLANMalaysia Kelantan atas inisitiaf tersebut dan komitmen tinggi dalam menyediakan serta menyiapkan dokumen blueprint berkenaan yang bakal menjadi panduan utama pembangunan negeri dalam arus kemajuan dan kemodenan.

”Tahniah sekali lagi buat PLANMalaysia Kelantan atas inisiatif dan komitmen tinggi menyediakan dan menyiapkan dokumen Blueprint Bandar Pintar Negeri Kelantan 2040 yang akan memandu pembangunan negeri dalam arus kemajuan dan kemodenan,”katanya.

Menerusi ucapan perasmian itu juga, beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Landskap dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) atas kejayaan penarafan Bandar Pintar bagi Tahap 1: Smart City Early Adopter bagi tahun 2025 oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui PLANMalaysia sempena Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang diadakan pada Selasa.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here