Home Buletin Semasa BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN DEEPAVALI MENCUKUPI

BEKALAN BARANGAN KEPERLUAN DEEPAVALI MENCUKUPI

325
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bekalan barangan keperluan sempena sambutan Deepavali mencukupi.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata terdapat sembilan jenis barang keperluan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali.

Terdapat sembilan jenis barangan keperluan utama, antaranya daging kambing atau biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil India, bawang merah kecil India (Ros), bawang merah besar import dan kacang dal (Australia).

“Semua barangan ini adalah bahan penting dalam penyediaan hidangan sempena Deepavali. Langkah ini diambil bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga sesuka hati serta memberi kemudahan kepada masyarakat India yang meraikan perayaan ini,” katanya pada sidang media selepas pelancaran skim berkenaan, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, bekalan barangan berada pada tahap mencukupi, dan setakat ini tiada sebarang isu kekurangan dilaporkan di bawah skim harga tersebut.

“Walaupun jumlah masyarakat India di Kelantan tidak ramai, namun pihak kami tetap melaksanakan pemantauan di semua pasar raya dan premis terlibat bagi memastikan harga terkawal,”katanya.

Tambahnya, barangan yang disenaraikan di bawah skim berkenaan akan ditanda dengan label harga berwarna merah jambu (pink tag) bagi memudahkan pengguna mengenal pasti harga terkawal.

“Pegawai penguat kuasa KPDN akan turun ke lapangan setiap hari sepanjang tempoh skim ini bagi memastikan semua peniaga mematuhi harga maksimum yang ditetapkan,” jelasnya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here