Home Hiburan MASAK APA HARI INI JO BRANKO?

MASAK APA HARI INI JO BRANKO?

188
0

KUALA LUMPUR: Memetik laporan menerusi Berita Harian, bekas gitaris kumpulan Wings, Jo Branko menarik perhatian peminat apabila menampilkan sisi lain dengan mempamerkan bakat memasak menerusi platform TikTok.

Menerusi akaun jobranko.kitchen, pemain gitar utama kumpulan Barbarik ini menonjolkan kebolehan menyediakan masakan Barat dalam hantaran terbaru, semalam.

Pemerhatian Harian Metro mendapati akaun berkenaan mula aktif sejak lima hari lalu, yang turut mempromosikan jualan sambal atas nama beliau.

Dalam hantaran terbaharu, Jo Branko mempamerkan bakat membakar daging dan kemahiran di dapur.

“Ini dia Beef Salad East-West by JoBranko Kitchen, ini Cef Badrul yang ajar gua,” katanya mengakhiri video berkenaan.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat setia pemain gitar ini memberi maklum balas positif.

“Mantap la lu joe… Dari dulu lagi wa tau lu memang terer pandai masak,” kata Halim Baba.

Solomon pula berkata:

“Abang Joe pun pandai menggoreng pakai kuali ya selain ‘goreng’ pakai gitar.” – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here