KOTA BHARU: Cuaca panas di kelantan tidak menghalang peserta gateh lebaran 2023 menyertai kayuhan pada jumaat baru-baru ini.
Selepas pandemik covid-19, ramai antara peminat sukan basikal ini mereka amat menantikan sukan seperti ini diadakan.
Bukan sahaja untuk kesihatan tetapi dapat berkumpul sesama mereka.
Seorang peserta yang ditemui, Zulkifli Awang, 58, dari Kampung Gertak Kecupu, di sini, berkata dia berterima kasih kepada penganjur, i medikel kerana menjayakan program yang cukup meriah pada hari tersebut.
“Saya rasa syukur lah dengan program benarnya lama benar doh kita tok gateh dalam program fun ride macam ni jadi langkah yang diambil oleh i medikel ini langkah tepat lah kerana kita rider-rider begitu kehausan untuk bersama-sama dalam program untuk berkayuh secara sihat lagu ni. Jadi bertepatan lah lepas kita hadapi covid dan selepas hari raya ni inilah program yang pertama dibuat oleh i medikel begitu sesuai untuk rider-rider terutamanya negeri kelantan”, katanya.

Katanya, dia sudah mula berkayuh sejak 2015 dan dia berharap agar pihak penganjur dapat meneruskan program seperti ini untuk menjalinkan ukhwah sesama peserta lain.
Peserta, Abdullah Mat Jusoh, 60, dari Kampung Tapang, di sini, berkata tujuan dia menyertai program ini adalah untuk ukhwah sesama peserta dan untuk kesihatan.
“Alhamdulillah saya nampak program ini berjaya di mana dapat menarik ramai rider-rider.
“Alang-alang buat tahun depan mungkin ramai lagi akan masuk,” katanya.
Abdullah berharap ramai lagi peserta termasuk yang sudah bersara sepertinya dapat mula berkayuh untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.
Imedikel TV






