Home Buletin Semasa SUMUD FLOTILLA: PM GIAT USAHA DIPLOMATIK PASTIKAN AKTIVIS MALAYSIA DIBEBASKAN SEGERA

SUMUD FLOTILLA: PM GIAT USAHA DIPLOMATIK PASTIKAN AKTIVIS MALAYSIA DIBEBASKAN SEGERA

295
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama pasukannya sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk menggunakan saluran diplomatik bagi memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN serta antarabangsa yang ditahan dibebaskan dengan segera.

Dalam hantaran di laman Facebook rasmi beliau, Anwar menegaskan kerajaan memberi perhatian penuh terhadap isu berkenaan dan setiap perkembangan proses menuju pembebasan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Perdana Menteri turut menyeru rakyat agar bersama-sama memanjatkan doa supaya semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here