Home Luar Negara MAKKAH ROUTE DIPERLUAS UNTUK JEMAAH HAJI TURKIYE, IVORY COAST

MAKKAH ROUTE DIPERLUAS UNTUK JEMAAH HAJI TURKIYE, IVORY COAST

175
0

RIYADH: Menurut kementerian dalam negeri, inisiatif makkah route bertujuan menerima jemaah haji dan menyelesaikan prosedur dari negara mereka dengan mudah.

Memetik laporan saudi gazette, ia bermula dengan mengeluarkan visa secara elektronik dan mengambil ciri-ciri penting.

Kemudian melalui prosedur pasport lengkap di lapangan terbang negara berlepas selepas mengesahkan ketersediaan keperluan kesihatan.

Selain itu, prosedur termasuk pengekodan dan pengasingan bagasi jemaah untuk dihantar ke tempat kediaman di negara ini.

Setibanya jemaah, mereka bergerak terus ke bas untuk dibawa ke tempat kediaman di makkah dan madinah, dengan laluan ditetapkan.

Manakala pihak berkuasa perkhidmatan menghantar bagasi mereka ke tempat kediaman.

Inisiatif itu dilaksanakan dengan kerjasama kementerian luar, kementerian kesihatan serta kementerian haji dan umrah, pihak berkuasa am penerbangan awam, pihak berkuasa zakat, cukai dan kastam, pihak berkuasa data dan kepintaran buatan saudi “sdaia”, “program doyof (tetamu) al rahman”, antara program eksekutif wawasan saudi 2030, dan direktorat am pasport. 

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here