Home Luar Negara SHEIKH JASSIM TETAP MAHU KELAB LIGA PERDANA INGGERIS

SHEIKH JASSIM TETAP MAHU KELAB LIGA PERDANA INGGERIS

145
0

LONDON: Sheikh Jassim akan mencari kelab Liga Perdana Inggeris lain sekiranya bidaannya untuk membeli Manchester United gagal.

Jutawan Qatar itu bersaing dengan Jim Ratcliffe dalam bidaan mengambil alih The Red Devils daripada keluarga Glazer.

Sheikh Jassim mahu menjadi pemilik mutlak kelab itu manakala Ratcliffe mahu memiliki saham majoriti dengan Joel dan Avram masih memiliki sebahagian kecil saham.

Dengan Ratcliffe sedang mendahului, Sheikh Jassim dilaporkan akan cuba membeli Tottenham sekiranya gagal mendapatkan Man United.

Spurs pernah menjadi idaman kumpulan Qatar Sports Investment (QSI) yang memiliki Paris Saint-Germain.

Sheikh Jassim tidak mempunyai kaitan dengan QSI tetapi berminat memiliki Tottenham.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik Spurs, Joe Lewis dan pengerusinya, Daniel Levy berminat untuk melepaskan kelab berkenaan. 

Sumber BH Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here