Home Buletin Semasa TERENGGANU BUBAR DUN HUJUNG JUN

TERENGGANU BUBAR DUN HUJUNG JUN

155
0

Kuala Terengganu, TERENGGANU: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan menghadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada hujung Jun depan bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS, berkata ia bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak lima negeri lain, berikutan penggal pemerintahan kerajaan Terengganu berakhir pada bulan depan.

“Kita akan buat (bubar DUN) bila sampai waktunya, insya-Allah sudah ada tarikh, tetapi saya tak nak bagi tahu bila. Selepas minggu ketiga Jun, insya-Allah, saya akan menghadap Sultan Terengganu dan minta pembubaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Dataran Shahbandar, di sini hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, kunjungannya ke istana nanti hanya untuk memohon perkenan Sultan Mizan bagi pembubaran DUN dan tidak membabitkan senarai calon yang akan bertanding.

“Nama calon tidak ada kaitan dengan pihak istana, ia adalah keperluan parti masing-masing yang akan menentukannya,” katanya.

Terengganu yang ditadbir kerajaan Perikatan Nasional (PN) antara enam negeri mencapai persetujuan untuk membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengambil kira tempoh pembubaran itu, PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu serta Kelantan dijangka pada Julai atau Ogos.

Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kini di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sementara Kedah dan Kelantan di bawah PN.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here