KUALA LUMPUR: Empat lokaliti di Kelantan dan Johor terus mencatatkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga, dengan suhu mencecah 35 darjah celsius (c).
Jabatan meteorologi (MetMalaysia) dalam laporannya menyebut, amaran berjaga-jaga itu membabitkan Pasir Mas dan Kuala Krai di Kelantan serta Rompin dan Muar di Johor.

Status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian mencecah 35 c untuk tiga hari berturut-turut.
“Penduduk setempat diminta untuk minum air secukupnya dan elakkan pembakaran terbuka,”
Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh melayari https://www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi metmalaysia serta memuat turun aplikasi mycuaca.
Sumber BH Online
Imedikel TV






