Home Luar Negara WARGA EMAS MAUT DIBUNUH ANAK, BUKAN SERANGAN BERUANG

WARGA EMAS MAUT DIBUNUH ANAK, BUKAN SERANGAN BERUANG

194
0

TOKYO: Memetik laporan AGENSI menerusi Harian Metro siasatan kematian warga emas berusia 93 tahun di wilayah Akita, Jepun yang awalnya diklasifikasikan akibat serangan beruang, ditukar kepada kes bunuh selepas bedah siasat mendedahkan kecederaan akibat tikaman pisau.

Susulan itu, polis Jepun menahan anak lelaki mangsa yang berusia 51 tahun di bandar Daisen, Selasa lalu.

Memetik laporan The Japan Times, suspek yang dikenal pasti sebagai Fujiyuki Shindo adalah penganggur dan didakwa membunuh bapanya pada Isnin.

Polis bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada suspek mengaku terhadap pertuduhan itu.

Menurut penyiasat, Shindo tinggal bersama ibu bapanya di sebuah rumah di bandar berkenaan.

Ibunya berusia 80 tahun yang menemui mayat mangsa terbaring dalam bilik tidur di tingkat satu rumah sebaik pulang ke rumah pada lewat petang kejadian.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut, termasuk mengenal pasti senjata digunakan selepas merampas beberapa pisau dari kediaman berkenaan. – AGENSI, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here