Home Buletin Semasa JKDM PATAHKAN CUBAAN EDAR ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM2.2 JUTA

JKDM PATAHKAN CUBAAN EDAR ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM2.2 JUTA

318
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan mematahkan cubaan pengedaran 2.88 juta batang rokok seludup bernilai lebih RM2.2 juta dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Bendang Kerian, Tumpat, pada 5 Ogos lalu.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, serbuan kira-kira jam 11.30 tengah hari itu dijalankan berdasarkan hasil maklumat orang awam dan risikan anggota selama dua minggu.

“Hasil serbuan anggota pasukan merampas sebanyak 2,880,000 batang rokok seludup dalam rumah tersebut.

“Nilai rampasan rokok berjumlah RM316,800 manakala duti atau cukai terlibat berjumlah RM1,932,480 dan jumlah keseluruhan rampasan adalah RM2,249,280,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pejabat Penguatkuasaan Kastam, di sini, hari ini.

Katanya, rumah terbabit dijadikan lokasi penyimpanan stok sebelum rokok seludup yang dibawa masuk melalui pangkalan haram diedarkan ke pasaran luar Kelantan.

Bagaimanapun katanya, tiada tangkapan dilakukan dan pihaknya masih menjalankan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Wan Jamal Abdul Salam menggesa orang awam menyalurkan maklumat di Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 sekiranya mendapati aktiviti berkaitan penyeludupan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here