Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2025 akan diumumkan esok melibatkan seramai 10,049 calon di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan peperiksaan itu dijalankan di 186 pusat peperiksaan.
“Keputusan boleh disemak bermula 21 hingga 27 Ogos, dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun ini,” jelas kenyataan itu, hari ini.
Bagi memudahkan calon, semakan keputusan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan myresultspmu.moe.gov.my atau melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPMU<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
IMedikel TV






